Seksyen 35
Peruntukan kecualian dan peralihan
of Akta Perhubungan Perusahaan (Pindaan) 2020
Aduan yang dibuat di bawah seksyen 8, pertikaian yang dirujuk di bawah subseksyen 9(1a), tuntutan pengiktirafan yang dibuat di bawah seksyen 9, representasi bagi diambil kerja semula yang dibuat di bawah seksyen 20 Akta ibu, dan semua prosiding yang dimulakan atau award yang dibuat di Mahkamah Perusahaan berhubung dengan rujukan di bawah subseksyen 8(2a), subseksyen 20(3) dan seksyen 26 sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah diteruskan dan mempunyai kesan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.
(2)
Semua kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan, borang, arahan dan surat pemberikuasaan yang dibuat, dikeluarkan atau diberikan di bawah Akta ibu hendaklah, setakat yang kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan, borang, arahan dan surat pemberikuasaan itu adalah selaras dengan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini, terus berkuat kuasa sehingga kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan, borang, arahan dan surat pemberikuasaan itu dibatalkan atau dipinda.
(3)
Apa-apa siasatan, perbicaraan atau prosiding yang dilakukan, diambil atau dimulakan di bawah Akta ibu sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah diuruskan seolah-olah
Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.