Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Amendment Act

Akta Perihal Dagangan (Pindaan) 2017

Feedback & supportAmends the Trade Descriptions Act 2011

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perihal Dagangan

(Pindaan) 2017.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), seksyen 3 disifatkan mula berkuat kuasa pada 1 November 2011.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA PERIHAL DAGANGAN (PINDAAN) 2017

Undang-Undang Malaysia 4

s 2Pindaan seksyen 2

Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730], yang disebut

“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2 dengan memasukkan sebelum takrif “barang-barang” takrif yang berikut:

“ “Akta ini” termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;”.

s 3Pindaan seksyen 3

Subseksyen 3(5) Akta ibu dipinda dalam teks bahasa kebangsaan dengan menggantikan perkataan “atau” dengan perkataan “dan”.

s 4Pindaan seksyen 15

Seksyen 15 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menomborkan semula seksyen yang sedia ada sebagai subseksyen (1); dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:

“(2)  Subseksyen (1) tidak terpakai bagi apa-apa iklan yang dibuat dalam penjalanan perdagangan atau perniagaan yang ditetapkan di bawah seksyen 10b

Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723].

(3)

Setakat yang berhubungan dengan seksyen 9

Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762], orang berdaftar hendaklah mematuhi apa-apa garis panduan yang berhubungan dengan pempameranan, pengiklanan, penyiaran atau penyebutan harga yang dikeluarkan oleh Pengawal selepas berunding dengan

Ketua Pengarah Kastam dan Eksais.

(4)

Bagi maksud seksyen ini—

“Ketua Pengarah Kastam dan Eksais” ertinya

Ketua Pengarah Kastam dan Eksais yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Kastam 1967 [Akta 235]; dan

Perihal Dagangan (Pindaan)

5

“orang berdaftar” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.”.