Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Amendment Act

Akta Perihal Dagangan (Pindaan) 2019

Feedback & supportAmends the Trade Descriptions Act 2011

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perihal Dagangan

(Pindaan) 2019.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

s 2Pindaan seksyen 2

Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730], yang disebut

“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2 dengan memotong takrif “Pendaftar”.

s 3Pemotongan seksyen 4

Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 4.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA PERIHAL DAGANGAN (PINDAAN) 2019

Undang-Undang Malaysia 4

s 4Pindaan seksyen 5

Subseksyen 5(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “6 hingga 11” dengan perkataan “6, 7 dan 10”.

s 5Pindaan seksyen 6

Subseksyen 6(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Tanpa menjejaskan seksyen 8, suatu” dengan perkataan

“Suatu”.

s 6Pemotongan seksyen 8

Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 8.

s 7Pemotongan seksyen 9

Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 9.

s 8Pemotongan seksyen 11

Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 11.

s 9Pindaan seksyen 12

Seksyen 12 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan

“seksyen 6 dan 8” dengan perkataan “seksyen 6”.

s 10Pemotongan seksyen 39

Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 39.

(1)

Apa-apa siasatan, perbicaraan atau prosiding yang dilakukan, diambil atau dimulakan di bawah Akta ibu sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada permulaan kuat kuasa

Akta ini, diuruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

Perihal Dagangan (Pindaan)

(2)

Apa-apa perintah perihal dagangan yang dibuat di bawah

Akta ibu sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa sehingga perintah perihal dagangan itu habis tempoh.