Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Amendment Act

Akta Perikanan (Pindaan) 2012

Feedback & supportAmends the Fisheries Act 1985

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perikanan (Pindaan) 2012.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

s 2Pindaan seksyen 40

Akta Perikanan 1985 [Akta 317] dipinda dalam seksyen 40

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), permit untuk mengimport atau mengeksport apa-apa ikan hidup hendaklah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kuarantin dan Pemeriksaan mengikut Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan

Malaysia 2011 [Akta 728].

(4)

Mana-mana orang yang mengimport atau mengeksport apa-apa ikan hidup tanpa permit yang dikeluarkan oleh Ketua

Pengarah Kuarantin dan Pemeriksaan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

(5)

Suatu permohonan bagi permit untuk mengimport dan mengeksport apa-apa ikan hidup hendaklah dibuat mengikut Akta

Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

(6)

Penguatkuasaan berhubung dengan ikan hidup di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin hendaklah dijalankan oleh pegawai penguat kuasa yang dilantik di bawah

Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011

s 3Kecualian

Apa-apa perkara yang berhubungan dengan permohonan bagi dan pengeluaran permit untuk mengimport dan mengeksport apa-apa ikan hidup yang belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini tidaklah terjejas oleh Akta ini dan hendaklah diteruskan seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.