Seksyen 53
of Akta Perindustrian Sekuriti 1983
Seksyen 53
Apabila diterima sesuatu permohonan secara bertulis daripada seseorang yang mengatakan bahawa seseorang peniaga telah tidak memperakaunkan kepadanya apa-apa wang atau sekuriti yang dipegang atau diterima oleh peniaga itu untuk atau bagi pihaknya, Menteri boleh melantik secara bertulis seorang juru-audit bebas atau mana-mana orang atau kumpulan orang lain yang diputuskan olehnya untuk memeriksa, mengaudit dan membuat laporan sama ada pada amnya atau berhubungan dengan sesuatu perkara tertentu mengenai buku-buku, akaun-akaun dan rekod-rekod peniaga itu dan mengenai sekuriti yang dipegang oleh peniaga itu.
(2)
Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (l) hendaklah menyatakan—
(a)
butir-butir mengenai hal-hal keadaan dalam mana'/peniaga itu telah menerima wang atau sekuriti yang mengenainya dia dikatakan telah tidak memperakaunkan itu;
(b)
butir-butir mengenai hal-hal keadaan dalam mana'/peniaga itu telah menerima wang atau sekuriti yang mengenainya dia dikatakan telah tidak memperakaunkan itu;
(b)
butir-butir mengenai wang atau sekuriti itu dan mengenai transaksi-transaksi pemohon dan peniaga itu berhubungan dengannya; dan
(c)
apa-apa butir lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri:
(4)
Menteri tidak boleh melantik seorang juruaudit bebas, seseorang atau kumpulan orang di bawah subseksyen (1) melainkan jika dia berpuas hati—
(3)
Tiap-tiap pernyataan di dalam sesuatu permohonan itu hendaklah disahkan dengan suatu akaun berkanun yang dibuat oleh pemohon itu dan hendaklah, jika dibuat bona fide dan tanpa niat jahat, diistimewakan.
(b)
bahawa adalah mustahak untuk kepentingan peniaga itu atau pemohon itu atau orang awam am supaya buku-buku, akaun-akaun dan rekodrekod peniaga itu dan sekuriti yang dipegang oleh peniaga itu patut diperiksa, diaudit dan laporan dibuat mengenainya.
(a)
bahawa pemohon itu ada sebab-sebab yang baik bagi membuat permohonan itu; dan lah mustahak untuk kepentingan