Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Amendment Act

Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan (Pindaan) 2022

Feedback & supportAmends the Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan (Pindaan) 2022.

(2)

Akta ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2019.

s 2Pindaan seksyen 13

Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010

[Akta 705], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 13—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “(2)”

dengan perkataan “(3)”;

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI

ISLAM LABUAN (PINDAAN) 2022

Undang-Undang Malaysia 4

(b)

dengan memotong subseksyen (2); dan

(c)

dalam subseksyen (10), dengan memotong perkataan

“atau (2)”.

s 3Pindaan seksyen 76

Subseksyen 76(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan takrif “perniagaan takaful Labuan” dengan takrif yang berikut:

‘ “perniagaan takaful Labuan” ertinya perniagaan takaful termasuklah perniagaan takaful kaptif Labuan, perniagaan takaful semula Labuan dan perniagaan takaful lain yang diluluskan oleh Lembaga tetapi tidak termasuk apa-apa perniagaan takaful yang dikawal atau dilarang di bawah undang-undang bertulis lain di Malaysia;’.

s 4Pindaan seksyen 90

Seksyen 90 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Seseorang broker takaful Labuan berlesen boleh mengendalikan takaful atau takaful semula perniagaan takaful domestik, yang diurusniagakan dalam mata wang Malaysia dengan syarat bahawa aktiviti itu tidak termasuk apa-apa aktiviti yang dikawal atau dilarang di bawah undang-undang bertulis lain di Malaysia.”.