Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Amendment Act

Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan (Pindaan) 2022

Feedback & supportAmends the Labuan Financial Services and Securities Act 2010

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan (Pindaan) 2022.

(2)

Akta ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2019.

s 2Pindaan seksyen 8

Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010

[Akta 704], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 8—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“(2)” dengan perkataan “(3)”; dan

(b)

dengan memotong subseksyen (2) dan (8).

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN

SEKURITI LABUAN (PINDAAN) 2022

Undang-Undang Malaysia 4

s 3Pindaan seksyen 101

Subseksyen 101(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan takrif “perniagaan insurans Labuan” dengan takrif yang berikut:

‘ “perniagaan insurans Labuan” ertinya perniagaan insurans dan insurans semula termasuklah perniagaan takaful dan takaful semula, perniagaan insurans kaptif Labuan dan perniagaan insurans lain yang diluluskan oleh Lembaga tetapi tidak termasuk apa-apa perniagaan insurans yang dikawal atau dilarang di bawah undang-undang bertulis lain di Malaysia;’.

s 4Pindaan seksyen 114

Seksyen 114 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (3)

dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Seseorang broker insurans Labuan berlesen boleh mengendalikan insurans atau insurans semula perniagaan insurans domestik, yang diurusniagakan dalam mata wang

Malaysia dengan syarat bahawa aktiviti itu tidak termasuk apa-apa aktiviti yang dikawal atau dilarang di bawah undang-undang bertulis lain di Malaysia.”.