Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Bahagian I · Permulaan

2. Tafsiran

Feedback & support

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“hak” ertinya segala hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan, sama ada yang sebenarnya kontingen atau akan ada;

“harta” termasuklah segala harta, sama ada alih atau yang tak alih, dan segala estet, kepentingan, isemen dan hak, sama ada di sisi ekuiti atau undang-undang, dalam, ke atas atau daripada harta, hak dalam tindakan, wang dan nama baik; dan “terletak hak”, berhubungan dengan harta, termasuklah hak ke atas harta yang akan ada pada masa hadapan atau kontingen dan hak perkembalian dan penerimaan baki;

“liabiliti” ertinya segala jenis liabiliti, hutang, tanggungan, kewajipan dan obligasi (sama ada sekarang atau pada masa hadapan, yang sebenarnya atau kontinjen, dan sama ada yang kena dibayar atau akan kena dipatuhi atau dilaksanakan di Malaysia atau di tempat lain);

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi penerbangan awam;

“Perbadanan” ertinya Menteri Kewangan yang diperbadankan melalui Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957 [Akta 375];

*“Pesuruhjaya Tanah Persekutuan” ertinya Pesuruhjaya Tanah

Persekutuan yang dilantik di bawah Akta Pesuruhjaya Tanah

Persekutuan 1957 [Akta 349];

“syarikat pengendali” ertinya syarikat yang dinamakan dan dilesenkan di bawah subseksyen 24A (1) Akta Penerbangan Awam 1969 [Akta 3];

“tarikh peletakhakan” ertinya tarikh harta, hak dan liabiliti Kerajaan

Malaysia berpindah kepada dan terletak hak pada syarikat pengendali sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dari semasa ke semasa dalam perintah di bawah subseksyen 3(1).

Akta Perkhidmatan-Perkhidmatan Lapangan Terbang dan 7

Penerbangan (Syarikat Pengendali) 1991

Report

Bahagian II

Peletakhakan Harta, Dsb., Pada Syarikat Pengendali

Bahagian III

Peruntukan yang Berhubungan Dengan Kakitangan