Akta Perkongsian 1961 · Updated to 1 Jun 2006 · Bahagian II · Sifat Perkongsian
4. Section 4
Feedback & supportBagi menentukan sama ada suatu perkongsian itu wujud atau tidak, perhatian hendaklah diberikan kepada kaedah-kaedah yang berikut:
penyewaan bersama, tenancy in common, harta bersama, harta am, atau pemunyaan separa tidak dengan sendirinya mewujudkan suatu perkongsian tentang apa-apa jua yang dipegang atau dipunyai sedemikian, sama ada penyewa atau pemunya itu berkongsi atau tidak berkongsi apa-apa keuntungan yang diperoleh melalui penggunaannya;
perkongsian pulangan kasar tidak dengan sendirinya mewujudkan suatu perkongsian, sama ada orang yang berkongsi pulangan sedemikian mempunyai atau tidak mempunyai hak atau kepentingan bersama atau am dalam apa-apa harta yang daripadanya atau yang daripada penggunaannya pulangan itu diperoleh;
penerimaan oleh seseorang akan suatu bahagian daripada keuntungan urusan adalah keterangan prima facie bahawa dia ialah seorang pekongsi
Perkongsian dalam urusan itu, tetapi penerimaan bahagian itu, atau sesuatu bayaran yang kontingen atas atau berubah mengikut keuntungan sesuatu urusan tidak dengan sendirinya menjadikannya seorang pekongsi dalam urusan itu; dan khususnya—
penerimaan oleh seseorang akan suatu hutang atau amaun jumlah tertentu lain, secara ansuran atau selainnya, daripada keuntungan yang terakru bagi sesuatu urusan tidak dengan sendirinya menjadikan dia seorang pekongsi dalam urusan itu atau bertanggungan sedemikian;
suatu kontrak bagi saraan seorang pengkhidmat atau ejen seseorang yang melibatkan diri dalam sesuatu urusan dengan menerima suatu bahagian daripada keuntungan urusan itu tidak dengan sendirinya menjadikan pengkhidmat atau ejen itu seorang pekongsi dalam urusan itu atau bertanggungan sedemikian;
seseorang yang sebagai balu atau anak kepada pekongsi yang telah mati, dan yang menerima melalui anuiti suatu bahagian daripada keuntungan yang diperoleh dalam urusan yang dalamnya si mati merupakan seorang pekongsi, bukan, disebabkan hanya oleh penerimaan sedemikian, seorang pekongsi dalam urusan itu atau bertanggungan sedemikian;
pendahuluan wang secara pinjaman kepada seseorang yang melibatkan diri atau yang hampir melibatkan diri dalam apa-apa urusan atas suatu kontrak dengan orang itu bahawa pemberi pinjaman hendaklah menerima kadar bunga yang berubah mengikut keuntungan, atau hendaklah menerima suatu bahagian daripada keuntungan, yang timbul daripada menjalankan urusan itu, tidak dengan sendirinya menjadikan pemberi pinjaman itu seorang pekongsi dengan orang yang
10
Penundaan hak seseorang yang memberi pinjaman atau menjual sebagai balasan kepada bahagian keuntungan dalam hal kebankrapan.
Erti firma dan nama-firma.
Kuasa pekongsi untuk mengikat firma.
Undang-Undang Malaysia Axkta 135
menjalankan urusan itu atau bertanggungan sedemikian:
Dengan syarat bahawa kontrak itu adalah secara bertulis dan ditandatangani oleh atau bagi pihak semua pihak kepadanya; dan
seseorang yang menerima, melalui anuiti atau selainnya, suatu bahagian daripada keuntungan sesuatu urusan sebagai balasan kepada jualan olehnya akan nama baik urusan bukan, disebabkan hanya oleh penerimaan sedemikian, seorang pekongsi dalam urusan itu atau bertanggungan sedemikian.