Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perlembagaan
(Pindaan) 2022.
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Perlembagaan (Pindaan) 2022 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1642 2022, currently marked in force and first recorded in 2022.
1
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
Akta A1642
AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 2022
Undang-Undang Malaysia 2
Akta A1642
Tarikh Perkenan Diraja
...
...
19 Januari 2022
Tarikh penyiaran dalam Warta
...
25 Januari 2022
Hakcipta Pencetak H
Perlembagaan (Pindaan)
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perlembagaan
(Pindaan) 2022.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan Perkara 1
Perlembagaan Persekutuan dipinda dalam Perkara 1 dengan menggantikan Fasal (2) dengan Fasal yang berikut:
“(2) Negeri-Negeri Persekutuan terdiri daripada—
Negeri-Negeri Tanah Melayu, iaitu, Johor, Kedah,
Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak,
Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu;
dan
Negeri-Negeri Borneo, iaitu, Sabah dan Sarawak.”.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta A1642
AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 2022
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1642
Pindaan Perkara 160
Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan dipinda dalam Fasal (2)—
dengan memasukkan selepas takrif “hak pencen” takrif yang berikut:
‘ “Hari Malaysia” ertinya enam belas hari bulan
September, tahun seribu sembilan ratus enam puluh tiga;’; dan
dengan menggantikan takrif “Persekutuan” dengan takrif yang berikut:
‘ “Persekutuan” ertinya Persekutuan yang pada mulanya ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu 1957 dan selanjutnya menurut Perjanjian yang dimuktamadkan pada sembilan hari bulan Julai, tahun seribu sembilan ratus enam puluh tiga antara
United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland,
Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura, Persekutuan yang dikenali sebagai
Malaysia dengan Koloni Borneo Utara dan Sarawak, dan Negeri Singapura bersekutu dengan Negeri-Negeri sedia ada dalam Persekutuan Tanah Melayu sebagai
Negeri Sabah, Sarawak dan Singapura mengikut surat cara perlembagaan yang dilampirkan padanya tetapi di bawah dan menurut Perjanjian berhubung dengan pemisahan Singapura daripada Malaysia sebagai sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat bertarikh tujuh hari bulan Ogos, tahun seribu sembilan ratus enam puluh lima, Singapura telah tidak lagi menjadi sebuah negeri dalam Malaysia.’.
Pindaan Perkara 161a
Perkara 161a Perlembagaan Persekutuan dipinda—
dalam Fasal (6), dengan menggantikan perenggan (a)
dengan perenggan yang berikut:
“(a) berhubung dengan Sarawak, seseorang yang merupakan warganegara dan yang tergolong
Perlembagaan (Pindaan)
5
dalam salah satu daripada ras yang dinyatakan dalam undang-undang Negeri sebagai ras asli bagi Negeri itu; dan”; dan
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.