Skip to content
Amendment ActIn force

Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2025

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2025
Sections
5
Languages
MS · EN

Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2025 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1767 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

Akta A1767

AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) (NO. 2) 2025

Undang-Undang Malaysia 2

Akta A1767

Tarikh Perkenan Diraja

...

...

9 Julai 2025

Tarikh penyiaran dalam Warta

...

18 Julai 2025

Hakcipta Pencetak H

Perlembagaan (Pindaan)

3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1767

AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) (NO. 2) 2025

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perlembagaan

(Pindaan) (No. 2) 2025.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta.

Pindaan Perkara 56

Perlembagaan Persekutuan dipinda dalam Perkara 56—

(a)

dalam Fasal (2), dengan memasukkan selepas perkataan

“Fasal (5)” perkataan “atau Fasal (5a)”;

Undang-Undang Malaysia 4

(b)

dengan memasukkan selepas Fasal (5) Fasal yang berikut:

“(5a)  Seseorang ahli yang dipilih menjadi

Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua tidak hilang kelayakan untuk memegang jawatan itu oleh sebab keahliannya dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen yang ditubuhkan di bawah undang-undang persekutuan dengan syarat bahawa ahli yang dipilih menjadi Yang di-Pertua atau

Timbalan Yang di-Pertua itu tidak menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya.”; dan

(c)

dalam Fasal (6), dengan memasukkan selepas perkataan

“Fasal (5)” perkataan “atau Fasal (5a)”.

Pindaan Perkara 57

Perkara 57 Perlembagaan Persekutuan dipinda—

(a)

dalam perenggan (bb) Fasal (2), dengan memasukkan selepas perkataan “Fasal (5)” perkataan “atau Fasal (5a)”;

(b)

dengan memasukkan selepas Fasal (5) Fasal yang berikut:

“(5a)  Seseorang yang dipilih menjadi Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua tidak hilang kelayakan untuk memegang jawatan itu oleh sebab keahliannya dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen yang ditubuhkan di bawah undang-undang persekutuan dengan syarat bahawa orang yang dipilih menjadi

Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua itu tidak menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya.”; dan

(c)

dalam Fasal (6), dengan memasukkan selepas perkataan

“Fasal (5)” perkataan “atau Fasal (5a)”.

Akta A1767

Perlembagaan (Pindaan)

5

Pindaan Perkara 65

Perkara 65 Perlembagaan Persekutuan dipinda—

(a)

dengan menggantikan Fasal (2) dengan Fasal yang berikut:

“(2)  Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha

Dewan Rakyat hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan

Agong dan setiap seorang hendaklah memegang jawatan sehingga habis tempoh pelantikannya, pelantikannya dibatalkan atau dia meletakkan jawatannya.”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas Fasal (2) Fasal yang berikut:

“(2a)  Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha

Dewan Rakyat hilang kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau

Dewan Undangan mana-mana Negeri.

(2b)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya oleh Perkara ini, kelayakan untuk pelantikan dan syarat perkhidmatan

Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat boleh dikawal selia melalui undang-undang persekutuan.”.

Kecualian

(1)

Orang yang memegang jawatan Setiausaha Dewan Negara atau Setiausaha Dewan Rakyat sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terus memegang jawatan sehingga dia mencapai umur persaraan paksa baginya sebagai anggota perkhidmatan awam am Persekutuan melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau ditukarkan kepada suatu jawatan lain dalam perkhidmatan awam am Persekutuan.

Undang-Undang Malaysia 6

(2)

Jika orang yang memegang jawatan Setiausaha Dewan Negara atau Setiausaha Dewan Rakyat sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini telah memilih untuk menjadi anggota

Perkhidmatan Parlimen yang ditubuhkan di bawah undang-undang persekutuan, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini—

(a)

orang itu hendaklah diambil kerja atas terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini; dan

(b)

orang itu hendaklah disifatkan sebagai anggota perkhidmatan awam bagi maksud Akta Pencen 1980 [Akta 227].

Akta A1767

Common questions

What is Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2025?
Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2025 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1767 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.
Is Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2025 still in force?
Yes — Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2025 is currently in force.
When did Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2025 take effect?
Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2025 was first recorded in 2025.
How many sections does Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2025 have?
Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2025 contains 5 sections.
Where can I read the official version of Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2025?
The official text of Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2025 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.