Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2019Read it in English

Bahagian III · Hak, Obligasi, Ketidakdedahan dan Penamatan

15. Ketidakdedahan identiti asal peserta

Feedback & support
(1)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, jika seseorang peserta yang telah diberikan suatu identiti baharu di bawah Program dikehendaki oleh atau di bawah suatu undang-undang untuk mendedahkan identiti asalnya bagi suatu maksud tertentu, dia tidak boleh mendedahkan identiti asalnya bagi maksud itu melainkan jika Ketua Pengarah telah memberikan perintah bertulis kepada peserta itu untuk berbuat demikian.

(2)

Jika seseorang peserta tidak diberikan suatu perintah di bawah subseksyen (1) untuk mendedahkan identiti asalnya, adalah menjadi sah bagi peserta itu, dalam apa-apa prosiding atau bagi apa-apa maksud, di bawah mana-mana undang-undang, untuk menuntut bahawa identiti baharunya adalah satu-satunya identitinya.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “peserta” termasuklah seseorang yang telah diberikan suatu identiti baharu di bawah Program dan bukan lagi peserta.

Report