Skip to content

Seksyen 10

Pindaan seksyen 86

of Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan) 2024

Amendment ActIn forceProvision 10 of 15
Seksyen 10

Seksyen 86 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Bagi maksud perenggan (1)(c)—

(a)

“komplot jenayah” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 120a

Kanun Keseksaan; dan

(b)

“subahat” mempunyai erti yang sama diberikan kepadanya dalam seksyen 107 Kanun Keseksaan.

MISALAN

(a)

A, seorang majikan, yang mengetahui bahawa B bukan seorang pemegang lesen di bawah Akta ini menjemput B untuk memberikan perkhidmatan perniagaan pengiriman wang kepada pekerja-pekerja A. A bersubahat melakukan suatu kesalahan yang dilakukan oleh B untuk menjalankan perniagaan pengiriman wang tanpa lesen di bawah Akta ini.

(b)

A, seorang pembekal sistem pengiriman wang, yang mengetahui bahawa B bukan seorang pemegang lesen di bawah Akta ini, terus membekalkan kepada B sistem atau aplikasi yang menyokong aktiviti perniagaan pengiriman wang B. A bersubahat melakukan suatu kesalahan yang dilakukan oleh B untuk menjalankan perniagaan pengiriman wang tanpa lesen di bawah Akta ini.

Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan)

(c)

A, seorang tuan tanah, yang mengetahui bahawa B bukan seorang pemegang lesen di bawah Akta ini, terus menyewakan premis kepada B walaupun A telah dimaklumkan oleh Bank bahawa B menjalankan perniagaan pengurupan wang tanpa lesen. A bersubahat melakukan suatu kesalahan yang dilakukan oleh B untuk menjalankan perniagaan pengurupan wang tanpa lesen di bawah Akta ini.”.

Seksyen baharu 89a