Seksyen 14
Kecualian
of Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan) 2024
Apa-apa tindakan, penyiasatan atau prosiding bagi apa-apa kemungkiran atau kesalahan di bawah Akta ibu yang dilakukan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh kuat kuasa Akta ini, dijalankan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.
(2)
Apa-apa sebutan mengenai “money-changing business”
dalam mana-mana undang-undang bertulis, atau dalam mana-mana lesen yang diberikan atau dokumen atau instrumen lain yang dikeluarkan oleh Bank di bawah Akta ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “currency exchange business”.