Skip to content
ActIn force

Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pemerbadanan) 1965

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1965
Sections
14
Languages
EN · MS

Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pemerbadanan) 1965 is Malaysia Act, cited as Act 540 1965, currently marked in force and first recorded in 1965.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

_______________

VERSI DALAM TALIAN TEKS

CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI

______________________

Akta 540

AKTA PERSATUAN BULAN SABIT

MERAH MALAYSIA

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Malaysian Red Crescent Society

(Incorporation) Act 1965 [Act 540]. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.

2

Pertama kali diperbuat …

…

…

1965 (Akta No. 47 tahun 1965)

Disemak … … … …

…

…

1995

(Akta 540

m.b.p.

30 November 1995)

3

Akta 540

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk memperbadankan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Cawangan Persatuan Palang Merah British di Sabah dan Sarawak di bawah nama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (atau dalam bahasa Inggeris Malaysian Red Crescent Society), dan bagi maksud yang berkaitan dengannya. [Seluruh Malaysia—1 Julai 1965] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Persatuan Bulan Sabit Merah

Malaysia (Pemerbadanan) 1965.

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“hari yang ditetapkan” ertinya hari yang Akta ini mula berkuat kuasa;

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 540aysia

“Cawangan” ertinya mana-mana Cawangan Persatuan Palang

Merah British di Sabah atau Sarawak;

“Majlis” ertinya Majlis yang ditubuhkan di bawah seksyen 6;

“Perbadanan” ertinya badan yang diperbadankan di bawah nama

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (atau dalam bahasa Inggeris

Malaysian Red Crescent Society) oleh Akta ini;

“Perbadanan terdahulu” ertinya badan yang diperbadankan di bawah nama Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu oleh Akta Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu

(Pemerbadanan) 1962 [Akta No. 4 tahun 1962];

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kebajikan masyarakat.

Pemerbadanan Perbadanan terdahulu dan Cawangan Persatuan

Palang Merah British di Sabah dan Sarawak

Orang yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan telah menjadi anggota Perbadanan terdahulu atau mana-mana Cawangan dan semua orang itu yang kemudian daripada ini menjadi anggota Perbadanan menurut Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah atau undang-undang kecil yang dibuat di bawah Akta ini, hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama Persatuan Bulan Sabit Merah

Malaysia (atau dalam bahasa Inggeris Malaysian Red Crescent

Society) dan dengan nama itu hendaklah kekal turun-temurun dan boleh membuat kontrak, dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa perihalan harta alih dan tak alih, dan boleh memindahhakkan, memindahmilikkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau tak alih yang terletak hak pada

Persatuan Bulan Sabit Merah (Pemerbadanan) 7

Perbadanan atas apa-apa terma sebagaimana yang didapati patut oleh

Perbadanan, dan dengan nama yang sama boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya dalam semua mahkamah dan mengikut segala cara tindakan dan guaman dan boleh melakukan segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkenaan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan.

Tujuan Perbadanan

Tujuan Perbadanan adalah untuk mengadakan suatu organisasi yang terbuka, tanpa apa-apa diskriminasi atas alasan agama, bangsa atau politik, kepada semua orang di Malaysia untuk membolehkan mereka melaksanakan maksud Perbadanan sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 5, dan untuk melakukan segala benda lain sebagaimana yang didapati oleh Perbadanan atau Majlisnya sebagai bersampingan atau berfaedah untuk mencapai tujuan sedemikian.

Maksud Perbadanan

Maksud Perbadanan adalah—

(a)

pada masa keamanan atau peperangan, untuk menjalankan dan membantu kerja bagi peningkatan kesihatan, pencegahan penyakit dan pengurangan penderitaan di seluruh dunia;

(b)

pada masa peperangan, untuk memberikan bantuan sukarela kepada kedua-dua pihak tentera dan pihak bukan beligeren yang sakit dan cedera, kepada tawanan perang dan kepada orang awam yang menderita akibat kesan peperangan, mengikut semangat dan waad Konvesyen

Geneva bagi ameliorasi keadaan orang yang cedera dan sakit dalam angkatan tentera di medan perang, yang ditandatangani di Geneva pada 12 Ogos 1949;

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 540aysia

(c)

untuk melaksanakan segala kewajipan yang diturunkan ke atas sesuatu persatuan kebangsaan oleh setiap negara yang telah menyertai Konvensyen tersebut.

Majlis

(1)

Hal ehwal Perbadanan hendaklah ditadbirkan oleh suatu

Majlis yang ditubuhkan mengikut kaedah-kaedah dan undang-undang kecil Perbadanan.

(2)

Anggota pertama Majlis hendaklah orang yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan merupakan anggota Majlis yang ditubuhkan di bawah subseksyen 6(1) Akta Persatuan Palang Merah

Persekutuan Tanah Melayu (Pemerbadanan) 1962.

Meterai perbadanan bagi Perbadanan

(1)

Perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan, dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang didapati patut oleh Perbadanan.

(2)

Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang menghendaki meterai Perbadanan dimeteraikan dengan meterai

Perbadanan menurut suatu ketetapan Majlis bagi maksud itu, di hadapan Pengerusi atau Naib Pengerusi Majlis, dan Setiausaha

Majlis, atau seseorang yang lain yang diberi kuasa oleh Majlis untuk bertindak bagi maksud itu, yang hendaklah menandatangani tiap-tiap surat ikatan, dokumen, atau surat cara lain itu yang padanya meterai itu dicapkan, dan penandatanganan itu hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi bahawa meterai itu telah dicap dengan sewajarnya dan sepatutnya dan meterai itu ialah meterai Perbadanan yang sah.

Persatuan Bulan Sabit Merah (Pemerbadanan) 9

Daftar anggota

(1)

Majlis hendaklah menyebabkan suatu daftar disimpan yang dalamnya nama tiap-tiap orang yang, sebaik sebelum hari yang ditetapkan, merupakan seorang anggota Perbadanan terdahulu atau anggota mana-mana Cawangan, atau yang selepas itu menjadi anggota Perbadanan yang diterima masuk dengan sewajarnya dan yang dalamnya hendaklah direkodkan apa-apa perkara lain sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis dari semasa ke semasa.

(2)

Daftar itu boleh disimpan dalam apa-apa bilangan bahagian sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis dari semasa ke semasa dan kewajipan menyimpan bahagian daftar itu boleh diwakilkan kepada mana-mana anggota atau pegawai Perbadanan itu.

Kaedah-kaedah dan undang-undang kecil

Menjadi sah bagi Majlis, dari semasa ke semasa, untuk membuat, mengubah atau membatalkan apa-apa kaedah-kaedah dan undang-undang kecil sebagaimana yang didapatinya suai manfaat bagi pengurusan hal ehwal Perbadanan dan bagi mencapai tujuannya, dan semua kaedah-kaedah dan undang-undang kecil itu hendaklah mengikat anggota Perbadanan.

(1)

Pada hari yang ditetapkan, semua harta yang dipunyai oleh Perbadanan terdahulu atau mana-mana Cawangan, sama ada dipegang atas nama Perbadanan terdahulu atau Cawangan itu, atau atas nama mana-mana orang yang dipegang sebagai amanah bagi

Perbadanan terdahulu atau Cawangan itu, hendaklah terletak hak

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 540aysia pada dan harta itu dengan ini terletak hak pada Perbadanan, dan harta itu bersama-sama semua harta yang diperoleh kemudiannya, alih atau tak alih, dan semua yuran, caruman, derma, denda, amaun pinjaman dan pendahuluan yang diterima atau akan diterima hendaklah dipegang oleh Perbadanan bagi maksud Akta ini dan tertakluk pada kaedah-kaedah Perbadanan.

(2)

Semua hutang dan liabiliti Perbadanan terdahulu atau mana-mana Cawangan yang sedia ada sebaik sebelum hari yang ditetapkan hendaklah dibayar oleh Perbadanan, dan semua hutang yang kena dibayar kepada dan yuran dan caruman yang kena dibayar kepada Perbadanan terdahulu atau mana-mana Cawangan hendaklah dibayar kepada Perbadanan bagi maksud Akta ini.

Penggunaan pendapatan dan harta

(1)

Pendapatan dan harta Perbadanan, tidak kira daripada mana jua pun diperoleh, hendaklah digunakan semata-mata untuk memajukan tujuan Perbadanan sebagaimana yang dinyatakan dalam

Akta ini, dan tiada bahagian pendapatan dan harta itu boleh dibayar atau dipindahmilikkan secara langsung atau tidak langsung sebagai dividen, bonus atau selainnya tidak kira bagaimana jua pun sebagai keuntungan kepada anggota Perbadanan:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh menghalang pembayaran saraan yang dibuat dengan suci hati kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat

Perbadanan atau kepada mana-mana anggota Perbadanan sebagai balasan bagi apa-apa perkhidmatan yang sebenarnya diberikan kepada Perbadanan.

(2)

Liabiliti setiap anggota Perbadanan berkenaan dengan transaksi Perbadanan tidak boleh dalam apa-apa hal melebihi amaun

Persatuan Bulan Sabit Merah (Pemerbadanan) 11

apa-apa yuran tahunan sebagaimana yang kena dibayar oleh anggota itu kepada Perbadanan.

Kecualian

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh hak

Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri atau hak mana-mana badan keperlembagaan atau pertubuhan perbadanan atau hak mana-mana orang lain kecuali sebagaimana yang disebut dalam

Akta ini dan orang yang menuntut melalui, daripada atau di bawah mereka.

Pemansuhan

Akta Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu

(Pemerbadanan) 1962 dengan ini dimansuhkan.

12

Akta 540

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta 162

Akta

Persatuan

Palang

Merah

Malaysia (Pertukaran Nama) 1975

05-09-1975

13

Akta 540

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

Keseluruhan Akta

Akta 162 05-09-1975

Common questions

What is Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pemerbadanan) 1965?
Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pemerbadanan) 1965 is Malaysia Act, cited as Act 540 1965, currently marked in force and first recorded in 1965.
Is Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pemerbadanan) 1965 still in force?
Yes — Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pemerbadanan) 1965 is currently in force.
When did Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pemerbadanan) 1965 take effect?
Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pemerbadanan) 1965 was first recorded in 1965.
How many sections does Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pemerbadanan) 1965 have?
Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pemerbadanan) 1965 contains 14 sections.
Where can I read the official version of Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pemerbadanan) 1965?
The official text of Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pemerbadanan) 1965 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.