7. Penggunaan meterai perbadanan
Feedback & supportPerbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan, dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Perbadanan.
Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang menghendaki meterai Perbadanan hendaklah dimeteraikan dengan meterai Perbadanan menurut suatu ketetapan Majlis Pusat bagi maksud itu, di hadapan Pengerusi atau seorang Timbalan Pengerusi Majlis
Pusat, dan Setiausaha Majlis Pusat, atau seorang lain yang diberi kuasa oleh Majlis Pusat untuk bertindak bagi maksud itu, yang hendaklah menandatangani tiap-tiap surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang padanya meterai itu dicapkan, dan tandatangan itu hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sewajarnya dan sepatutnya dan bahawa meterai itu ialah meterai Persatuan yang sah di sisi undang-undang.