Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Act of Parliament

Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia 1974

Changing the name of a scouts association and setting penalties

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

s 1Section 1

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Persekutuan Pengakap-pengakap Malaysia, 1974.

s 2Section 2

(1)

Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia yang diperbadankan di bawah seksyen 3 (1) Akta (Perbadanan) Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia, 1968 (kemudian daripada ini disebut "Persekutuan itu") hendaklah selepas Akta ini mula berkuatkuasa dikenali sebagai Persekutuan Pengakap-pengakap Malaysia dan semua sebutan dalam Akta itu dan dalam mana-mana undang-undang bertulis lain mengenai Persekutuan itu hendaklah ditafsirkan sewajarnya.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh sahnya atau kuatkuasa apa-apa tindakan, pembicaraan, pindahak, pindahmilik, suratikatan, urusan atau apa-apa jenis perbuatan bona fide yang telah diambil, dibuat atau dilakukan sebelum Akta ini mula berkuatkuasa oleh atau terhadap atau atas nama atau bagi pihak Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia.

s 3Akta 143

Akta (Perbadanan) Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia, 1968 adalah dengan ini dipinda dengan memasukkan selepas sahaja seksyeen 13 suatu seksyen 13A yang baru yang berikut—

s 13ASection 13A

Seseorang yang melanggar mana-mana daripada peruntukan-peruntukan Akta ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu bulan."