Act of Parliament · Updated to 12 Nov 2018
Pool Betting Act 1967 (Revised 2018)
Feedback & supportLicensing or a board for running and promoting pool bettingOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
s 2Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“agensi” termasuklah subagensi;
“ejen” ertinya ejen yang dilesenkan di bawah suatu skim yang diluluskan dan termasuklah subagensi yang dilesenkan sedemikian;
“Lembaga” ertinya Lembaga yang ditubuhkan di bawah seksyen 6;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“pemegang lesen” ertinya orang yang kepadanya lesen dikeluarkan di bawah seksyen 5;
Undang-Undang Malaysia 6
“pertaruhan wang terkumpul” ertinya suatu pertaruhan yang dibuat dengan cara suatu totalisator yang terletak di dalam atau di luar Malaysia berkenaan dengan apa-apa peristiwa yang ditetapkan;
“peristiwa yang ditetapkan” ertinya perlawanan bola sepak atau suatu siri perlawanan sedemikian yang diadakan di dalam atau di luar Malaysia dan apa-apa peristiwa lain yang berkenaan dengannya yang ditetapkan di bawah Akta ini bahawa pelaburan totalisator boleh diterima;
“skim yang diluluskan” ertinya suatu skim bagi pengendalian, penganjuran atau pengurusan totalisator untuk pertaruhan wang terkumpul atau pertaruhan wang terkumpul semata-mata, pemungutan pertaruhan wang terkumpul dan penubuhan agensi pertaruhan wang terkumpul yang diluluskan oleh Menteri menurut seksyen 16;
“totalisator” ertinya alat untuk pertaruhan yang dikenali sebagai totalisator atau pari-mutuel, atau apa-apa mesin atau peralatan pertaruhan lain yang serupa jenisnya, sama ada dikendalikan secara mekanikal atau tidak.
s 12Kuasa untuk meminjam
Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri—
s 14Kaedah-kaedah Lembaga
Lembaga boleh membuat kaedah-kaedah yang selaras dengan Akta ini atau mana-mana skim yang diluluskan atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
s 15Laporan Lembaga
Lembaga hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun, menyebabkan supaya dibuat dan dihantar kepada Menteri suatu laporan yang memperkatakan secara amnya aktiviti Lembaga dalam tahun sebelumnya, dan mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan kewangan dan dasar
Lembaga sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.
s 17Pengiraan dividen
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana skim yang diluluskan, hendaklah menjadi kewajipan Lembaga untuk membayar semua wang yang telah diterima daripada pertaruhan wang terkumpul melalui dividen selepas memotong—
s 19Pembahagian kumpulan wang Lembaga
Tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini, Lembaga boleh membahagikan apa-apa wang yang menjadi sebahagian daripada kumpulan wang Lembaga dan yang tidak dikehendakinya pada menjalankan fungsinya bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
s 20Section 20
Walau apa pun mana-mana undang-undang lain yang berlawanan, adalah sah di sisi undang-undang bagi—
s 22Kesalahan yang berhubungan dengan pelaburan
Tertakluk kepada syarat lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 5 atau apa-apa skim yang diluluskan dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawah seksyen 28, mana-mana pegawai, ejen atau pekerja pemegang lesen atau Lembaga atau mana-mana anggota
Lembaga yang—
s 23Menangkap tanpa waran
Mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai telah melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen 21 atau 22, dan membawanya di hadapan Majistret untuk diperlakukan mengikut undang-undang.