Act of Parliament · Updated to 6 Oct 2023
Act of Parliament · Updated to 6 Oct 2023
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pinjaman Kerajaan (Notis
Amanah) 1947.
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain —
“Bank” ertinya Bank yang membiayai atau menguruskan apa-apa pinjaman Kerajaan;
“pinjaman Kerajaan” ertinya apa-apa pinjaman pada bila-bila masa diperdapatkan, atau yang boleh diperdapatkan, oleh Kerajaan
Malaysia, atau apa-apa pinjaman yang diperdapatkan sebelum 1 April 1946, oleh Kerajaan bagi mana-mana wilayah yang sekarang termasuk dalam Malaysia, mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa, dan yang dibiayai atau diuruskan oleh Bank bagi pihak Kerajaan Malaysia;
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 649 A
“saham” ertinya apa-apa saham atau saham debentur yang diterbitkan mengikut terma apa-apa pinjaman Kerajaan.
Tiada notis bagi apa-apa amanah, secara nyata, tersirat atau konstruktif, boleh dicatatkan dalam mana-mana daftar saham atau boleh didapatkan oleh
Bank berkenaan dengan apa-apa saham.
7
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
TIADA –
8
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
TIADA –