Act of Parliament · Updated to 1 Jan 2006
Loan (International Tin Buffer Stock) Act 1971
Borrowing to pay for a share in an international tin buffer stockOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
s 1Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pinjaman (Stok Penimbal
Timah Antarabangsa) 1971, dan hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Julai 1971.
s 2Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Menteri”
ertinya
Menteri yang pada masa ini bertanggungjawab bagi kewangan;
“padat timah” mempunyai erti yang diberikan kepada istilah itu oleh Akta Kawalan Timah 1954 [Akta 362];
“Stok Penimbal” ertinya Stok Penimbal yang ditubuhkan di bawah Perkara 20 Perjanjian Timah Antarabangsa 1971;
s 041bSection 041b
fm Page 5 Monday, March 27, 2006 6:46 PM
6
Undang-Undang Malaysia
“Stok Penimbal Keempat” ertinya Stok Penimbal yang akan ditubuhkan di bawah Perkara 20 Perjanjian Timah Antarabangsa 1971.
Tertakluk kepada Akta ini, Menteri dibenarkan, dari semasa ke semasa, mendapatkan wang dari dalam atau luar
Malaysia, kesemuanya sebanyak tidak lebih daripada sembilan puluh dua juta ringgit.
Semua wang yang didapatkan di bawah Akta ini hendaklah didapatkan dengan jalan pinjaman, dari dalam atau luar Malaysia, dan atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh
Menteri.
Pinjaman hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan
s 4Wang Disatukan
Wang pokok yang diperoleh di bawah Akta ini serta semua bunganya dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan.
s 5Menggunakan pinjaman
Wang yang diperoleh di bawah Akta ini hendaklah digunakan dan diuntukkan bagi maksud membayar sumbangan Malaysia kepada Stok Penimbal Keempat; dan Menteri boleh menggunakan mana-mana wang itu untuk membeli logam timah setakat yang
Malaysia dikehendaki atau dibenarkan menyumbangkan logam timah kepada Stok Penimbal Keempat.
Walau apa pun peruntukan subseksyen 13(2) Akta
Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], wang yang diperoleh di bawah Akta ini serta bunga yang kena dibayar atasnya hendaklah dibayar balik daripada hasil pendapatan apa-apa levi yang kena dibayar atas padat timah yang dilombong dalam Malaysia dan yang dikenakan dengan nyata bagi maksud ini.
Jika kesemua wang yang diperoleh di bawah Akta ini serta bunga yang kena dibayar atasnya tidak dibayar balik dalam 041b.fm Page 6 Monday, March 27, 2006 6:46 PM
Pinjaman (Stok Penimbal
Timah Antarabangsa)
7
tempoh dua tahun dari tarikh tamat Perjanjian Timah
Antarabangsa 1971 Menteri hendaklah menguntukkan daripada
Kumpulan Wang Disatukan dan membayar balik jumlah wang yang belum dibayar itu serta bunga yang kena dibayar atasnya.
s 041bSection 041b
fm Page 7 Monday, March 27, 2006 6:46 PM
8
SENARAI PINDAAN
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
TIADA –
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
TIADA –