Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Amendment Act

Akta Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2016

Feedback & supportAmending the legal profession law and disciplinary board appointments

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

s 1Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Profesion Undang-Undang

(Pindaan) 2016.

s 2Pindaan seksyen 103e

Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166] dipinda dalam perenggan 103e(1)(b) dengan menggantikan perkataan “subseksyen 100(7) atau (8)” dengan perkataan “subseksyen 100(7), (8) atau

(15)

”.

(1)

Walau apa pun subseksyen 21(1) Akta Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012 [Akta A1444], Pengerusi Lembaga Tatatertib yang dilantik dari 17 Februari 2013 hingga 16 Februari 2015

hendaklah disifatkan telah dilantik dengan sewajarnya.

Undang-Undang Malaysia 4

(2)

Walau apa pun subseksyen 21(1) Akta Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012, ahli Lembaga Tatatertib yang dilantik dari 5 Julai 2013 hingga 4 Julai 2015 hendaklah disifatkan telah dilantik dengan sewajarnya.

(3)

Apa-apa perbuatan, tindakan yang diambil atau keputusan yang dibuat oleh Pengerusi atau ahli Lembaga Tatatertib semasa tempoh pelantikan mereka sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1) dan (2) tidak boleh dipersoalkan atau ditidaksahkan hanya oleh sebab pelantikan atau tempoh jawatan Pengerusi dan ahli Lembaga Tatatertib itu.