Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Amendment Act

Akta Pusat Jagaan (Pindaan) 2018

Feedback & supportAmends the Care Centres Act 1993

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pusat Jagaan (Pindaan) 2018.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

s 2Pindaan seksyen 2

Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506], yang disebut “Akta ibu”

dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2 dalam takrif “penghuni”, dengan memasukkan selepas perkataan “seseorang” perkataan

“di bawah umur enam puluh tahun”.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA PUSAT JAGAAN (PINDAAN) 2018

Undang-Undang Malaysia 4

Pindaan seksyen 3

(a)

dalam perenggan (e), dengan memotong perkataan “atau”

di hujung perenggan;

(b)

dalam perenggan (f), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan dengan perkataan “; atau”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas perenggan (f) perenggan yang berikut:

“(g) mana-mana kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta yang berlesen di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan

Kesihatan Warga Emas Swasta 2018 [Akta 802].”.

s 4Seksyen baharu 11b

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 11a seksyen yang berikut:

“Orang yang berumur enam puluh tahun dan ke atas boleh diterima masuk 11b.  Pengendali pusat jagaan berdaftar boleh menerima masuk mana-mana orang yang berumur enam puluh tahun dan ke atas sebagai orang yang diterima untuk jagaan di pusat jagaan berdaftar dan penerimaan masuk itu hendaklah berdasarkan kriteria sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi Akta Kemudahan dan Perkhidmatan

Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2018.”.