8. Penggantian seksyen 29 dan 30
Feedback & supportAkta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 29 dan 30
dengan seksyen yang berikut:
s 29“Reka bentuk perindustrian berdaftar adalah harta sendiri
Sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar adalah harta sendiri dan boleh diserahhakkan, dipindahkan atau
JW000084 A1449 (BM).indd 4 1/22/13 9:20:48 AM
Reka Bentuk Perindustrian (Pindaan)
5
diuruskan melalui kuat kuasa undang-undang sebagaimana harta sendiri atau harta alih yang lain, tertakluk kepada peruntukan seksyen ini.
Apa-apa perpindahan reka bentuk perindustrian berdaftar atau permohonan bagi pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian adalah tertakluk kepada apa-apa hak yang diletakhakkan pada mana-mana orang lain yang notis mengenainya telah dicatatkan dalam Daftar atau yang notis mengenainya telah diberikan kepada Pendaftar.
Sesuatu penyerahhakan reka bentuk perindustrian berdaftar atau permohonan bagi pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian tidak berkuat kuasa melainkan jika penyerahhakan itu adalah secara bertulis dan ditandatangani oleh atau bagi pihak penyerah hak dan pemegang serah hak atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, wakil dirinya.
Subseksyen (3) hendaklah terpakai bagi penyerahhakan sebagai sekuriti sebagaimana yang berhubungan dengan mana-mana penyerahhakan yang lain.
Sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar boleh menjadi subjek suatu kepentingan sekuriti sebagaimana harta sendiri atau harta alih yang lain.
Pemunya reka bentuk perindustrian berdaftar boleh memberi lesen kepada mana-mana orang untuk menggunakan reka bentuk perindustrian berdaftar itu.
Apa-apa hak berkenaan dengan sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar boleh dikuatkuasakan sebagaimana berkenaan dengan harta sendiri atau harta alih yang lain.
Perekodan penyerahhakan, dsb.
s 30Section 30
Jika seseorang menjadi berhak kepada—
sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar melalui sesuatu penyerahhakan atau perpindahan atau melalui kuat kuasa undang-undang atau melalui urus niaga kepentingan sekuriti; atau
sesuatu permohonan bagi pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian melalui sesuatu penyerahhakan atau perpindahan,
JW000084 A1449 (BM).indd 5 1/22/13 9:20:49 AM
Undang-Undang Malaysia 6
dia hendaklah memohon kepada Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan untuk merekodkan hakmilik atau kepentingannya dalam Daftar.
Pendaftar hendaklah merekodkan butir-butir mengenai hakmilik atau kepentingan yang disebut dalam subseksyen (1)
dalam Daftar.
Tiada penyerahhakan atau perpindahan atau kuat kuasa undang-undang atau urus niaga kepentingan sekuriti berkenaan dengan sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar boleh berkuat kuasa terhadap pihak ketiga melainkan jika direkodkan dalam Daftar.”.