Amendment Act · As enacted
Akta Saraan Hakim (Pindaan) 2011
Amends the Judges’ Remuneration Act 1971Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Saraan Hakim (Pindaan) 2011.
Seksyen 2,3,5,6 dan 7 disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2009.
Seksyen 4 disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 28 Ogos 2008.
s 2Pindaan seksyen 4
Akta Saraan Hakim 1971 [Akta 45], yang disebut "Akta ibu" dalam Akta ini, dipinda dalam proviso seksyen 4 dengan menggantikan perkataan "1/2" dengan perkataan "3/5".
s 3Pindaan seksyen 5
Subseksyen 5(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan angka "15" dengan angka "18".
s 4Penggantian seksyen 7A
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen $ 7 \mathrm{A} $ dengan seksyen yang berikut:
Bagi maksud menghitung pencen dan ganjaran seseorang Hakim di bawah Akta ini, tempoh perkhidmatannya sebagai Pesuruhjaya Kehakiman sebaik sebelum pelantikannya sebagai Hakim hendaklah dikira sebagai sebahagian daripada tempoh perkhidmatannya sebagai Hakim.
Subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi seseorang Hakim yang masih dalam perkhidmatan atau yang telah bersara sebelum permulaan kuat kuasa seksyen ini.
Walau apa pun subseksyen (1), jika apa-apa pencen atau ganjaran telah dibayar kepada seseorang Hakim di bawah mana-mana undang-undang lain bagi tempoh yang sama dengan tempoh yang hendaklah dikira sebagai sebahagian daripada tempoh perkhidmatannya sebagai Hakim, pencen dan ganjarannya di bawah Akta ini hendaklah dikurangkan sebanyak amaun yang telah dibayar sedemikian.".
s 5Penggantian seksyen 9
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 9 dengan seksyen yang berikut:
s 9"Peruntukan khas bagi Ketua Hakim Negara, Presiden dan Hakim Besar
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini tetapi tertakluk kepada seksyen 8, seseorang yang memegang jawatan Ketua Hakim Negara, Presiden atau Hakim Besar adalah berhak mendapat pencen maksimum jika dia telah memegang salah satu atau kesemua jawatan itu selama suatu tempoh yang kesemuanya tidak kurang daripada tiga tahun.".
Pindaan dalam subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi seorang Hakim yang masih dalam perkhidmatan atau yang telah bersara daripada perkhidmatan sebelum seksyen ini mula berkuat kuasa.
s 6Pindaan Jadual Ketiga dan Jadual Keempat
Jadual Ketiga dan Jadual Keempat kepada Akta ibu dipinda dengan menggantikan angka "180" yang terdapat dalam ruang "Formula" dengan angka "216".
s 7Kecualian dan peralihan
Pemberian pencen atau pencen terbitan berkenaan dengan seseorang Hakim yang bersara sebelum 1 Januari 2009 atau mati sebelum 31 Disember 2008 hendaklah berdasarkan Akta ibu seolaholah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini, dan pemberian pencen atau pencen terbitan itu hendaklah berdasarkan pindaan yang dibuat kepada Akta ibu oleh Akta ini hanya mulai 1 Januari 2009 dan kena dibayar mulai tarikh itu.