Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

6. Kecualian dan peralihan

(1)

Jika mana-mana Hakim atau orang tanggungannya layak bagi penyelarasan pencen atau faedah lain di bawah Akta ibu sebelum 1 Januari 2014 tetapi penyelarasan itu tidak dibuat sebelum tarikh itu, pencen atau faedah lain itu hendaklah terlebih dahulu diselaraskan mengikut peruntukan Akta ibu sehingga 31 Disember 2013

seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(2)

Pencen dan faedah lain Hakim dan orang tanggungan mereka hendaklah, dari 1 Januari 2014, dihitung berdasarkan seksyen 15b sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini dan hendaklah kena dibayar mulai tarikh itu.

(3)

Bagi mana-mana Hakim atau orang tanggungannya yang pencen atau faedah lainnya telah diselaraskan mengikut Akta ibu sebaik sebelum 1 Januari 2014, pencen atau faedah lain itu hendaklah, dari 1 Januari 2014, dihitung berdasarkan seksyen 15b sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini dan hendaklah kena dibayar mulai tarikh itu.

Report