Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Amendment Act

Akta Saraan Hakim (Pindaan) (No. 2) 2011

Amends the Judges’ Remuneration Act 1971

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Saraan Hakim (Pindaan)

(No. 2) 2011.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2012.

s 2Pindaan seksyen 11

Akta Saraan Hakim 1971 [Akta 45], yang disebut “Akta ibu”

dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 11 dengan menggantikan perkataan “dua belas tahun setengah”, di mana-mana jua terdapat, dengan perkataan “dua puluh tahun”.

undang-undang malaysia

akta saraan hakim (pindaan) (No. 2) 2011

Undang-Undang Malaysia 4

s 3Kecualian dan peralihan

Pembayaran pencen terbitan yang berbangkit daripada pindaan yang dibuat di bawah seksyen 2 Akta ini kepada orang selain mereka yang disebut dalam subseksyen 11(3) Akta ibu, jika tempoh dua belas tahun setengah itu telah habis sebelum 1 Januari 2012, hendaklah diuruskan sebagaimana yang berikut:

(a)

tempoh dua puluh tahun itu hendaklah dikira dari tarikh persaraan Hakim itu;

(b)

orang itu tidak berhak untuk mendapat pembayaran pencen terbitan bagi tempoh selepas habisnya tempoh dua belas tahun setengah hingga 31 Disember 2011; dan

(c)

pembayaran pencen terbitan itu hendaklah hanya dibuat mulai 1 Januari 2012.