Seksyen 22
Kecualian dan peralihan
of Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026
Apa-apa tindakan, penyiasatan atau prosiding bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ibu yang dilakukan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.
(2)
Apa-apa obligasi, liabiliti, penalti atau hukuman yang dikenakan, dibuat, terakru atau ditanggung di bawah Akta ibu pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh
Akta ini.
(3)
Bagi maksud seksyen 14 Akta ibu, jika penyewa dan tuan punya telah memasuki suatu perjanjian sewa beli yang dibuat sebelum dan yang terus wujud selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, penyewa dan tuan punya itu boleh secara bersama-sama bersetuju untuk memilih kaedah pengiraan baki bersih yang perlu dibayar di bawah perjanjian sewa beli itu mengikut Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini.