Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Amendment Act

Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2014

Amends the Malaysia Co-operative Societies Commission Act 2007

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2014.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

s 2Pindaan seksyen 11

Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 [Akta 665], yang disebut "Akta ibu" dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 11(3)—

(a)

dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan "atau seorang Timbalan Gabenor" dengan perkataan ", atau seorang Timbalan Gabenor atau Penolong Gabenor";

(b)

dengan menggantikan perenggan (d) dengan perenggan yang berikut:

“(d) Ketua Setiausaha atau seorang Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan koperasi sebagaimana yang dinamakan oleh Menteri;”; dan

(c)

dalam perenggan (e), dengan menggantikan perkataan "atau seorang Timbalan Ketua Setiausaha" dengan perkataan ", seorang Timbalan Ketua Setiausaha atau mana-mana wakil".

s 3Seksyen baru 62A

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 62 seksyen yang berikut:

s 62A"Pewakilan dalam prosiding civil

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain—

(a)

dalam mana-mana prosiding civil oleh atau terhadap Suruhanjaya; atau

(b)

dalam mana-mana prosiding civil yang lain yang Suruhanjaya dikehendaki atau dibenarkan oleh mahkamah untuk diwakili, atau untuk didengar, atau selainnya berhak untuk diwakili atau untuk didengar, mana-mana pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa oleh Pengerusi Eksekutif bagi maksud itu boleh, bagi pihak Suruhanjaya, memulakan prosiding sedemikian atau hadir dalam prosiding itu dan boleh membuat semua kehadiran dan permohonan dan melakukan semua perbuatan berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak Suruhanjaya.".