Seksyen 12
of Akta Suruhanjaya Perkhidmatan 1957
ActIn forceProvision 12 of 17
Seksyen 12
(1)
Jumlah wang yang diperlukan untuk saraan yang boleh dibayar di bawah Akta ini hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan.
(2)
Sehingga berkuatkuasanya Bahagian VII Perlembagaan Persekutuan jumlah wang yang dipertanggungkan oleh subseksyen (1) kepada Kumpulan Wang Disatukan hendaklah dipertanggungkan kepada dan dibayar daripada hasil Malaysia.