Skip to content

Seksyen 2

of Akta Suruhanjaya Perkhidmatan 1957

ActIn forceProvision 2 of 17

Seksyen 2

(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

"Suruhanjaya" ertinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Suruhanjaya Perkhidmatan Polis, atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.

(2)

Dalam Bahagian II dan III sebutan-sebutan mengenai Suruhanjaya hendaklah diertikan sebagai termasuk sebutan-sebutan mengenai mana-mana Suruhanjaya sesuatu Negeri, yang bersamaan taraf dan bidang kuasanya dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, yang bidang kuasanya diperluaskan kepada orang-orang di dalam perkhidmatan awam Negeri itu; dan dalam konteks sedemikian sebutan-sebutan mengenai Yang di-Pertuan Agong dan mengenai Kerajaan hendaklah diertikan sebagai termasuk sebutan-sebutan mengenai Raja dan mengenai Kerajaan Negeri itu, mengikut kehendak hal keadaan.