Seksyen 6
of Akta Suruhanjaya Perkhidmatan 1957
Seksyen 6
Tiada ahli Suruhanjaya mahu pun mana-mana orang lain boleh, tanpa kebenaran bertulis Yang di-Pertuan Agong, menerbitkan atau mendedahkan kepada mana-mana orang yang tak diberikuasa atau selainnya melainkan dalam menjalankan tugas, akan kandungan atau mana-mana bahagian kandungan mana-mana dokumen, perhubungan atau maklumat apa jua pun yang sampai pada pengetahuannya dalam menjalankan tugasnya sebagai ahli sedemikian berkenaan dengan apa-apa perkara yang berhubungan dengan penjalanan oleh Suruhanjaya akan mana-mana fungsinya, dan mana-mana orang yang diketahuinya bertindak dengan melanggar subseksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dihukum penjara selama tempoh satu tahun atau denda satu ribu ringgit atau kedua-duanya.
(2)
Jika mana-mana orang ada dalam milikannya apa-apa maklumat yang pada pengetahuannya telah didedahkan dengan melanggar seksyen ini menerbitkan atau memberitahu maklumat itu kepada mana-mana orang selain daripada untuk tujuan pendakwaan di bawah Akta ini, dia adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dihukum penjara selama tempoh satu tahun atau denda satu ribu ringgit atau kedua-duanya.