Seksyen 23
of Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993
Seksyen 23
Bagi maksud Akta ini, dengan ini ditubuhkan, suatu kumpulan wang yang hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh
Suruhanjaya.
(2)
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
(a)
apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini oleh Parlimen;
(b)
jumlah wang yang dipinjam oleh Suruhanjaya bagi maksud memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya;
(c)
levi yang kena dibayar di bawah seksyen 24;
(d)
fi atau apa-apa bayaran lain yang dikenakan oleh
Suruhanjaya;
(e)
segala jumlah wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Suruhanjaya berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya; dan
(f)
semua wang lain yang diterima secara sah oleh
Suruhanjaya.