Seksyen 29
Akaun
of Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993
Suruhanjaya hendaklah menyebabkan supaya disimpan akaun yang sepatutnya bagi wang itu dan hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya disediakan bagi tahun kewangan itu suatu penyata akaun Suruhanjaya yang hendaklah mengandungi kunci kira-kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaan.
(2)
Suruhanjaya hendaklah menyebabkan penyata akaun itu diaudit oleh juruaudit yang dilantik oleh Suruhanjaya.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 43
(3)
Suruhanjaya hendaklah dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan menghantar satu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruaudit dan satu salinan laporan juruaudit kepada Menteri yang hendaklah menyebabkannya dibentangkan di hadapan kedua-dua
Majlis Parlimen.
(4)
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
[Akta 240] tidaklah terpakai bagi Suruhanjaya.