Amendment Act · As enacted
Akta Syarikat Labuan (Pindaan) 2012
Feedback & supportAmends the Labuan Companies Act 1990Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Syarikat Labuan
(Pindaan) 2012.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
s 2Pindaan seksyen 18
Akta Syarikat Labuan 1990 [Akta 441], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam perenggan 18(1)(c) dengan memotong perkataan “dan pembahagiannya kepada syer amaun tetap”.
Undang-Undang Malaysia 4
s 3Pindaan seksyen 111
Subseksyen 111(2) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “anggota” perkataan “syarikat bersama dengan resolusinya yang berkaitan”.
s 4Pindaan seksyen 121
Subseksyen 121(5) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “dalam apa-apa amaun sebagaimana ditetapkan tidak lewat daripada tiga puluh hari dari setiap ulang tahun tarikh pendaftaran syarikat itu” dengan perkataan “mengikut seksyen 151”.
s 5Pindaan seksyen 130O
Perenggan 130O(4)(a) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “am”.
s 6Pindaan seksyen 130V
Subseksyen 130V(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “seksyen 48A” dengan perkataan “seksyen 53”.
s 7Pindaan seksyen 151
Seksyen 151 Akta ibu dipinda—
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1A) Lembaga boleh mengenakan penalti pentadbiran ke atas pembayaran apa-apa fi tahunan yang diterima lewat daripada tarikh ulang tahun yang dinyatakan dalam subseksyen (1).”; dan
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“Jika” dengan perkataan “Walau apa pun subseksyen
, jika”.