Skip to content

Seksyen 39

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 108

of Akta Syarikat Labuan (Pindaan) 2022

Amendment ActIn forceProvision 39 of 61
Seksyen 39

seksyen yang berikut:

“Pemunya benefisial syarikat Labuan 108a.  Dalam Akta ini, “pemunya benefisial” ertinya orang sebenar yang memiliki atau mengawal sesuatu syarikat

Labuan atau syarikat Labuan asing, secara keseluruhan atau sebahagian, melalui pemilikan langsung atau tidak langsung atau kawalan syer atau hak mengundi atau kepentingan pemilikan lain dalam syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu, atau yang menjalankan kawalan dan pengaruh yang berkesan dalam syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

Kuasa syarikat untuk menghendaki penzahiran maklumat pemunya benefisial 108b.  (1)  Sesuatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing hendaklah mengambil langkah yang munasabah untuk mengetahui dan mengenal pasti pemunya benefisial syarikat

Labuan atau syarikat Labuan asing itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.