Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

5. Peruntukan kecualian dan peralihan

(1)

Suatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing yang menyenggara dan menyimpan butir-butir pemunyaan benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing dalam daftar anggotanya yang dikemas kini dari semasa ke semasa di bawah seksyen 108e

Akta ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, dalam tempoh enam bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini atau apa-apa tempoh lanjutan yang diluluskan oleh Lembaga, mematuhi peruntukan baharu seksyen 109b, sebagaimana yang dimasukkan oleh seksyen 4 Akta ini.

(2)

Apa-apa penyiasatan, perbicaraan, prosiding atau tindakan yang belum selesai sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan mengikut peruntukan Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(3)

Apa-apa obligasi, liabiliti, penalti atau hukuman yang terakru atau dikenakan di bawah Akta ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, boleh diteruskan, dikuatkuasakan, dikenakan dan diuruskan, mengikut mana-mana yang berkenaan, seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

Report