Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Act of Parliament

International Fund for Agricultural Development Act 1992

Feedback & supportJoining an international fund for agricultural development

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Tabung Antarabangsa bagi

Pembangunan Pertanian 1992.

(2)

Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.

s 2Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

“Mata wang boleh tukar secara bebas” ertinya mata wang sebagaimana disifatkan boleh tukar cara bebas menurut Perkara 1(d)

Perjanjian;

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 483

“Perjanjian” ertinya Perjanjian Penubuhan Tabung Antarabangsa bagi Pembangunan Pertanian sebagaimana yang diterima oleh

Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Penubuhan Tabung

Antarabangsa bagi Pembangunan Pertanian pada 13 Jun 1976 di

Rom, dan di mana satu salinan teks telah dibentangkan di Dewan

Rakyat sebagai Kertas Statut Bil. 147 Tahun 1991;

“Tabung” ertinya Tabung Antarabangsa bagi Pembangunan

Pertanian yang ditubuhkan melalui Perjanjian.

s 3Pemberikuasaan Menandatangani Perjanjian

Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui surat cara di bawah tandatangannya, memberi kuasa kepada mana-mana orang sebagaimana yang dinamakan dalam surat cara itu, bagi pihak

Kerajaan Malaysia−

(a)

untuk menandatangani Perjanjian itu; dan

(b)

untuk mendepositkan di Tabung suatu surat cara penerimaan Perjanjian itu yang menyatakan bahawa

Kerajaan Malaysia telah menerima Perjanjian itu mengikut undang-undangnya dan telah mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan Kerajaan

Malaysia menjalankan semua obligasinya di bawah

Perjanjian tersebut.

(1)

Hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang

Disatukan apa-apa bahagian sumbangan Malaysia kepada Tabung menurut seksyen 3 Perkara 4 Perjanjian yang, mengikut seksyen 5

Perkara 4 Perjanjian, kena dibayar dengan mata wang boleh tukar secara bebas atau dengan mata wang Malaysia.

(2)

Tertakluk kepada seksyen 5, hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan mana-mana bahagian apa-apa

Tabung Antarabangsa bagi Pembangunan Pertanian 7

penambahan sumbangan Malaysia kepada Tabung sebagaimana yang, menurut seksyen 4 Perkara 4 Perjanjian, kena dibayar dengan mata wang boleh tukar secara bebas atau dengan mata wang Malaysia.

s 5Kelulusan Dewan Rakyat mengenai sumbangan tambahan kepada Tabung

Bilamana apa-apa penambahan sumbangan Malaysia kepada

Tabung dibenarkan menurut seksyen 4 Perkara 4 Perjanjian, tiada amaun boleh disumbangkan berkenaan dengannya kecuali dengan kelulusan terlebih dahulu daripada Dewan Rakyat, yang ditandakan melalui ketetapan.

s 6Pengeluaran nota tak boleh niaga dan nota tanpa bunga

Menteri Kewangan boleh, bagi pihak Kerajaan, mewujudkan dan mengeluarkan kepada Tabung, dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang difikirkannya patut, apa-apa nota tak boleh niaga dan nota tanpa bunga atau obligasi yang seumpamanya sebagaimana yang Tabung boleh─

(a)

menerima daripada Kerajaan sebagai ganti apa-apa mata wang Malaysia yang dibayar atau yang kena dibayar oleh

Kerajaan di bawah seksyen 5(b) Perkara 4 Perjanjian atau di bawah seksyen 5(c) Perkara 4 Perjanjian; atau

(b)

menurut seksyen 4 Perkara 4 Perjanjian, memutuskan untuk menerima sebagai ganti apa-apa mata wang

Malaysia berhubungan dengan apa-apa penambahan sumbangan Malaysia kepada Tabung.

s 7Tanggungan atas bayaran lain kepada Kumpulan Wang Disatukan

Hendaklah dipertanggungkan kepada

Kumpulan

Wang

Disatukan−

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 483

(a)

semua jumlah wang yang kena dibayar oleh Malaysia kepada Tabung di bawah seksyen 2(b) Perkara 5

Perjanjian (yang berhubung dengan penilaian mata wang);

(b)

semua jumlah wang yang dikehendaki bagi penebusan apa-apa nota atau obligasi yang diwujudkan dan dikeluarkan kepada Tabung di bawah seksyen 6;

(c)

apa-apa jumlah wang yang kena dibayar oleh Malaysia kepada Tabung di bawah seksyen 3 Perkara 9 Perjanjian

(yang berhubung dengan hak dan tanggungjawab Negeri yang terhenti menjadi anggota Tabung).

s 8Penerimaan

Semua wang yang diterima oleh atau bagi pihak Kerajaan Malaysia daripada Tabung hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang

Disatukan.

(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah membuat apa-apa peruntukan sebagaimana yang difikirkan semunasabahnya perlu bagi menguatkuasakan mana-mana peruntukan

Perjanjian berhubungan dengan taraf, imuniti dan keistimewaan Tabung dan gabenor, pengarah eksekutif, anggota silih ganti, pegawai dan pekerja masing-masing.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen itu boleh mengisytiharkan bahawa mana-mana peruntukan tertentu dalam Perjanjian hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang di Malaysia.

9

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

- TIADA -

10

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari-TIADA -