Skip to content

Seksyen 3

Perwira Negara

of Akta Tabung Pertahanan Negara (Pembubaran dan Pemindahan) 1984

ActIn forceProvision 3 of 3
Seksyen 3
(1)

Tabung Pertahanan Negara hendaklah, pada mula kuat kuasanya Akta ini, dibubarkan dan semua wang, sekuriti dan aset-aset lain yang ada dalam akaun amanah yang disenggara berkenaan dengannya di bawah seksyen 9 Akta Tatacara Kewangan 1957, atau selainnya menjadi kepunyaan atau kena dibayar kepada Tabung itu, sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada permulaan kuat kuasanya Akta ini dipindahkan kepada Tabung

Amanah Derma Kebajikan Perwira Negara dan diletakkan kepada pemegang amanah Tabung Amanah tersebut, dan pemindahan serta perletakhakan itu hendaklah terus berkuat kuasa tanpa apa-apa jua dokumen pemindahan, pemindahhakan atau perserahhakan

(2)

Wang, sekuriti dan aset lain yang dipindahkan di bawah subseksyen (1) hendaklah dipegang secara amanah dan digunakan di bawah Tabung Amanah Derma Kebajikan Perwira Negara mengikut terma dan bagi maksud, sebagaimana yang pada masa itu, dinyatakan dalam Surat Cara Amanah yang berkenaan dengannya.

Akta Tabung Pertahanan Negara

(Pembubaran Dan Pemindahan) 1984 7

(3)

Semua hak dan liabiliti yang sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini adalah hak dan liabiliti Tabung Pertahanan Negara hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, diturunkan kepada

Tabung Amanah Derma Kebajikan Perwira Negara.

8

AKTA 305

AKTA TABUNG PERTAHANAN NEGARA

(PEMBUBARAN DAN PEMINDAHAN) 1984

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

− TIADA −

________________

9

AKTA 305

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

− TIADA −

________________