Seksyen 4
Perakuan untuk mengamalkan teleperubatan
Sesuatu permohonan untuk mendapatkan perakuan untuk mengamalkan teleperubatan yang disebut dalam perenggan 3(1)(b)
hendaklah dibuat oleh seseorang pengamal perubatan yang didaftarkan atau dilesenkan di luar Malaysia melalui seorang pengamal perubatan
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 564
berdaftar penuh kepada Majlis mengikut cara atau dalam borang dan disertakan dengan apa-apa dokumen, butir dan fi yang ditetapkan.
(2)
Majlis boleh mengeluarkan suatu perakuan untuk mengamalkan teleperubatan kepada pemohon bagi suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Majlis dalam perakuan itu.
(3)
Majlis boleh pada bila-bila masa mengubah terma dan syarat sesuatu perakuan untuk mengamalkan teleperubatan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2).
(4)
Majlis boleh pada bila-bila masa membatalkan apa-apa perakuan untuk mengamalkan teleperubatan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2) jika orang yang kepadanya perakuan itu dikeluarkan melanggar mana-mana terma atau syarat yang dinyatakan dalam perakuan itu.
(5)
Mana-mana orang yang terkilan dengan keengganan Majlis untuk mengeluarkan suatu perakuan untuk mengamalkan teleperubatan atau dengan pembatalan sesuatu perakuan untuk mengamalkan teleperubatan boleh merayu kepada Menteri dan keputusan Menteri adalah muktamad.