Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Amendment Act

Akta Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2023

Amends the Renewable Energy Act 2011

The text

Tenaga Boleh Baharu (Pindaan)

1

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

AKTA TENAGA BOLEH BAHARU (PINDAAN) 2023

Undang-Undang Malaysia 2

Tarikh Perkenan Diraja

...

...

22 Julai 2023

Tarikh penyiaran dalam Warta

...

28 Julai 2023

Hakcipta Pencetak H

Tenaga Boleh Baharu (Pindaan)

Mukadimah · Preamble

Suatu Akta untuk meminda Akta Tenaga Boleh Baharu 2011.

[

]

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

s 1Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Tenaga Boleh Baharu

(Pindaan) 2023.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

s 2Pindaan seksyen 1

Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 [Akta 725] dipinda dalam seksyen 1 dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan Akta ini di bahagian-bahagian yang berlainan di Malaysia.”.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA TENAGA BOLEH BAHARU (PINDAAN) 2023