Amendment Act · As enacted
Akta Timbang dan Sukat (Pindaan) 2017
Feedback & supportAmends the Weights and Measures Act 1972Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Timbang dan Sukat
(Pindaan) 2017.
Kecuali bagi perenggan 2(a) dan 11(b) dan seksyen 12 dan 13,
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
s 2Pindaan seksyen 12
Akta Timbang dan Sukat 1972 [Akta 71], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 12—
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(2a) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual Kedua.”; dan
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA TIMBANG DAN SUKAT (PINDAAN) 2017
Undang-Undang Malaysia 4
dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan
“empat” dengan perkataan “empat puluh”.
s 3Pindaan seksyen 14
Subseksyen 14(6) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “empat” dengan perkataan “empat puluh”.
s 4Pindaan seksyen 14b
Seksyen 14b Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan
“satu” dengan perkataan “sepuluh”;
dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan
“tiga” dengan perkataan “dua puluh lima”;
dalam subseksyen (6), dengan menggantikan perkataan
“lima ratus” dengan perkataan “lima ribu”;
dalam subseksyen (9), dengan menggantikan perkataan
“satu” dengan perkataan “sepuluh”; dan
dalam subseksyen (10), dengan menggantikan perkataan
“tiga” dengan perkataan “dua puluh lima”.
s 5Pindaan seksyen 16
Seksyen 16 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan
“empat” dengan perkataan “empat puluh”.
s 6Pindaan seksyen 17
Seksyen 17 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan
“lima” dengan perkataan “lima puluh”.
Timbang dan Sukat (Pindaan)
s 7Pindaan seksyen 18
Seksyen 18 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“empat” dengan perkataan “empat puluh”; dan
dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan
“lima” dengan perkataan “lima puluh”.
s 8Pindaan seksyen 19
Seksyen 19 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan
“lima ratus” dengan perkataan “lima ribu”.
s 9Pindaan seksyen 20
Seksyen 20 Akta ibu dipinda, dalam subseksyen (1) dan (3), dengan menggantikan perkataan “lima” dengan perkataan “lima puluh”.
s 10Pindaan seksyen 20a
Subseksyen 20a(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “empat” dengan perkataan “empat puluh”.
s 11Pindaan seksyen 28
Seksyen 28 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“empat” dengan perkataan “empat puluh”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Bagi maksud subseksyen (1), mana-mana orang yang gagal untuk menzahirkan atau meninggalkan untuk memberikan apa-apa maklumat, dokumen atau keterangan yang berkaitan, atau memberikan, sebagai
Undang-Undang Malaysia 6
benar, apa-apa maklumat, dokumen atau keterangan yang dia tahu atau ada sebab untuk mempercayai adalah palsu atau mengelirukan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya.”.
s 12Pindaan seksyen 29
Subseksyen 29(2) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan (gi) perenggan yang berikut:
“(gj) menetapkan suatu penalti denda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit bagi pelanggaran atau ketidakpatuhan mana-mana peruntukan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;”.
s 13Pindaan seksyen 30
Seksyen 30 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:
“Ralat maksimum yang dibenarkan”; dan
dalam subseksyen (1) dan (2), dengan menggantikan perkataan “had selisih” dengan perkataan “ralat maksimum yang dibenarkan”.