Seksyen 7
Pindaan seksyen 19
of Akta Timbang Tara (Pindaan) (No. 2) 2018
Seksyen 19 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (1)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “suatu pihak boleh memohon kepada tribunal timbang tara bagi mana-mana perintah yang berikut:” dengan perkataan
“tribunal timbang tara boleh, atas permintaan suatu pihak, memberi langkah interim.”; dan
(ii)
dengan memotong perenggan (a) hingga (d);
(b)
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Suatu langkah interim ialah apa-apa langkah sementara, sama ada dalam bentuk suatu award atau dalam bentuk yang lain, yang melaluinya, pada bila-bila masa sebelum pengeluaran award yang daripadanya pertikaian itu akhirnya diputuskan, tribunal timbang tara memerintahkan suatu pihak untuk—
(a)
mengekalkan atau memulihkan status quo sementara penentuan pertikaian itu selesai;
(b)
mengambil tindakan yang boleh mencegah atau menghalang daripada mengambil tindakan yang berkemungkinan menyebabkan kemudaratan semasa atau kemudaratan hampir atau menjejaskan proses timbang tara itu;
Timbang Tara (Pindaan) (No. 2)
(c)
menyediakan suatu cara untuk pemeliharaan aset yang daripadanya suatu award yang berikutnya dapat dijelaskan;
(d)
memelihara keterangan yang relevan dengan dan penting kepada penyelesaian pertikaian itu; atau
(e)
menyediakan jaminan bagi kos pertikaian itu.”;
dan
(c)
dengan memotong subseksyen (3).