Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
s 1Tajuk ringkas
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Umur Dewasa 1971.
s 2Umur dewasa
Tertakluk kepada seksyen 4, umur belum dewasa bagi semua lelaki dan perempuan ialah dan adalah terhad kepada lapan belas tahun dan tiap-tiap lelaki dan perempuan yang mencapai umur itu ialah berumur dewasa di Malaysia.
Semua perhitungan umur di bawah Akta ini hendaklah dikira mengikut kalendar Gregory.
Pada menghitung umur seseorang, hari orang itu dilahirkan hendaklah dikira sebagai satu hari penuh, dan dia hendaklah disifatkan telah mencapai umur lapan belas tahun pada permulaan ulang tahun kelapan belas hari itu.
s 021bSection 021b
fm Page 5 Monday, March 27, 2006 5:03 PM
6
Undang-Undang Malaysia
s 4Kecualian
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh—
keupayaan mana-mana orang untuk bertindak dalam perkara yang berikut, iaitu, perkahwinan, perceraian, mas kahwin dan pengambilan anak angkat;
agama dan upacara dan kelaziman agama bagi sesuatu golongan orang di dalam Malaysia;
sesuatu peruntukan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan umur dewasa bagi maksud undang-undang bertulis itu.
s 5Pemansuhan
Undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual adalah dengan ini dimansuhkan.