Seksyen 4
Jadual Pertama kepada Akta ibu dipinda—
of Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2024
(a)
dalam seksyen 48—
(i)
dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan
“satu tahun akademik”;
6
Undang-Undang Malaysia
Akta A1713
(ii)
dengan memasukkan selepas subseksyen (4)
subseksyen yang berikut:
“(4a) Walau apa pun subseksyen (4), Lembaga boleh mengurangkan atau melanjutkan tempoh keahlian MPP dan pemegang jawatannya.”;
(iii)
dengan memotong subseksyen (11);
(iv)
dengan memasukkan selepas subseksyen (11)
sebagaimana yang dipotong subseksyen yang berikut:
“(11a) Universiti boleh menubuhkan apa-apa kumpulan wang atau memiliki apa-apa harta untuk diuruskan atau disenggara oleh MPP mengikut tatacara kewangan Universiti.
(11b)
Walau apa pun subseksyen (11a),
MPP boleh, tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, menubuhkan, menguruskan atau menyenggara apa-apa kumpulan wang mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan yang dibuat oleh Lembaga.”; dan
(v)
dengan memasukkan selepas subseksyen (12)
subseksyen yang berikut:
“(12a) Bagi maksud seksyen 15a Akta
Universiti dan Kolej Universiti 1971, Lembaga boleh membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan cara bagi pembuatan atau penganjuran atau pengambilan bahagian dalam pungutan wang atau penerimaan wang atau sumbangan lain oleh MPP.”; dan
(b)
dalam subseksyen 49(2), dengan menggantikan perkataan
“(11), (12) dan (13)” dengan perkataan “(11), (11a),
(11b)
, (12), (12a), (13) dan (14)”.
Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan)
7
Kecualian