Skip to content

Seksyen 2

Waktu standard Malaysia

of Akta Waktu Standard Malaysia 1981

ActIn forceProvision 2 of 3
Seksyen 2
(1)

Waktu bagi maksud am di seluruh Malaysia (yang disebutkan sebagai waktu standard Malaysia) ialah lapan jam terdahulu daripada waktu purata Greenwich sepanjang tahun; dan apa-apa sebutan mengenai waktu yang ditetapkan dalam mana-mana undang-undang bertulis atau apa-apa dokumen jua pun (sama ada dibuat sebelum atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini)

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 357

hendaklah ditafsirkan sewajarnya melainkan jika diperuntukkan dengan nyata sebaliknya.

(2)

Yang di-Pertuan Agong boleh dari semasa ke semasa dengan pemberitahuan dalam Warta menetapkan sebarang tempoh masa lain yang terdahulu daripada waktu purata Greenwich sebagai waktu standard Malaysia.