Skip to content

Seksyen 6

Seksyen baharu 10A

of Akta Zon Bebas (Pindaan) 2019

Amendment ActIn forceProvision 6 of 18
Seksyen 6

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 10 seksyen yang berikut:

"Rekod aktiviti

Quoted provision

Seksyen 10A

(1)

Tiap-tiap orang yang menjalankan apa-apa aktiviti di dalam zon bebas yang mempunyai dalam milikannya dokumen dan rekod mengenai aktiviti pengimportan, pengeksportan atau pengilangan barang, hendaklah menyimpan bagi tempoh tujuh tahun semua dokumen dan rekod yang berhubungan dengan aktiviti itu.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau hukuman pemenjaraan bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.".