Skip to content
Amendment ActIn force

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2015

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2015
Sections
10
Languages
MS · EN

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2015 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1487 2015, currently marked in force and first recorded in 2015.

Front matterCover and publication detailsOpen

1

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

Akta A1487

AKTA kesalahan keselamatan (langkah-langkah khas) (pindaan) 2015

Undang-Undang Malaysia 2

Akta A1487

Tarikh Perkenan Diraja

...

...

28 Mei 2015

Tarikh penyiaran dalam Warta

...

4 Jun 2015

Hakcipta Pencetak H percetakan nasional malaysia berhad

Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan)

3

UNDANG-UNDANG malaysia

Akta A1487

Akta kesalahan keselamatan (langkah-langkah khas) (Pindaan) 2015

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk meminda Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kesalahan Keselamatan

(Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2015.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Pindaan seksyen 5

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012

[Akta 747], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam perenggan 5(1)(b) dalam teks bahasa Inggeris dengan menggantikan perkataan “persons” dengan perkataan “person”.

Pindaan seksyen 6

Subseksyen 6(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “pegawai polis” perkataan “atau mana-mana orang lain”.

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1487

Pindaan seksyen 13

Subseksyen 13(2) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “[Akta 574]” perkataan “dan Akta Langkah-Langkah

Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 [Akta 770]”.

Pindaan seksyen 14

Seksyen 14 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(2a)  Mahkamah hendaklah memberitahu pihak pendakwaan mengenai keputusannya untuk melindungi identiti saksi itu dalam masa tujuh hari dari siasatan itu.

(2b)

Dalam masa tujuh hari dari keputusan itu, pihak pendakwaan boleh merayu terhadap penolakan oleh mahkamah untuk melindungi identiti saksi itu.”.

Seksyen baru 18a dan 18b

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 18

seksyen yang berikut:

“Pernyataan tertuduh 18a.  Apa-apa pernyataan oleh seseorang tertuduh sama ada secara lisan atau bertulis kepada mana-mana orang pada bila-bila masa hendaklah boleh diterima sebagai keterangan.

Komunikasi semasa perkahwinan 18b.  (1)  Seseorang yang sedang atau pernah berkahwin terpaksa menzahirkan apa-apa komunikasi yang dibuat kepadanya semasa perkahwinan itu oleh mana-mana orang yang masih atau pernah dikahwininya.

(2)

Orang sedemikian hendaklah dibenarkan untuk menzahirkan apa-apa komunikasi tersebut walaupun orang yang membuat komunikasi itu tidak memberi kebenaran.”.

Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan)

5

Penggantian seksyen 20

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 20 dengan seksyen yang berikut:

“Dokumen atau benda yang disita atau walau bagaimana jua sekalipun diperoleh

Quoted provision

Seksyen 20

Semua dokumen atau benda yang disita atau walau bagaimana jua sekalipun diperoleh sama ada sebelum atau selepas seseorang telah dipertuduh atas suatu kesalahan keselamatan dan kandungan dokumen atau benda itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan.”.

Penggantian seksyen 22

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 22 dengan seksyen yang berikut:

“Senarai dokumen dan benda

Quoted provision

Seksyen 22

Mana-mana senarai dokumen dan benda yang disita atau walau bagaimana jua sekalipun diperoleh sama ada sebelum atau selepas seseorang telah dipertuduh atas kesalahan keselamatan hendaklah boleh diterima sebagai keterangan di mahkamah untuk membuktikan kewujudan dokumen dan benda yang disita atau diperoleh itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang tidak dikemukakan di mahkamah oleh sebab sifat dokumen dan benda itu.”.

Penggantian seksyen 24

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 24 dengan seksyen yang berikut:

“Kebolehterimaan komunikasi yang dipintas dan maklumat pemonitoran, penjejakan atau pengawasan

Quoted provision

Seksyen 24

(2)

Maklumat yang diperoleh melalui pemintasan komunikasi di bawah seksyen 6 hanya boleh diterima jika dikemukakan melalui suatu perakuan oleh Pendakwa Raya yang menyatakan bahawa maklumat yang diperoleh sedemikian telah dibenarkan oleh Pendakwa Raya.

(3)

Suatu perakuan oleh Pendakwa Raya yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2) bersama-sama dengan apa-apa dokumen atau benda yang diekshibitkan atau dilampirkan kepada perakuan itu hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa pemintasan komunikasi itu telah dibenarkan sedemikian, dan perakuan itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan tanpa bukti tandatangan Pendakwa Raya.

(4)

Tiada seorang pun atau pegawai polis berada di bawah apa-apa kewajipan, obligasi atau liabiliti atau dengan apa-apa cara boleh dipaksa untuk menzahirkan dalam apa-apa prosiding mengenai tatacara, kaedah, cara atau jalan atau peranti yang digunakan berkenaan dengan—

(a)

apa-apa jua yang dilakukan di bawah seksyen 6; dan

(b)

apa-apa perkara yang berhubungan dengan pemonitoran, penjejakan atau pengawasan mana-mana orang.

(5)

Maklumat yang diperoleh melalui komunikasi yang dipintas di bawah seksyen 6 boleh dalam bentuk naratif atau kata demi kata sama ada dalam bahasa asal atau sebagai terjemahan ke dalam bahasa kebangsaan atau bahasa

Inggeris.”.

Pindaan Jadual Pertama

Jadual Pertama kepada Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas butiran “Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670]” dan butir-butir yang berhubungan dengannya butiran yang berikut:

“Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar

Negara 2015 [Akta 770]”.

Common questions

What is Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2015?
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2015 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1487 2015, currently marked in force and first recorded in 2015.
Is Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2015 still in force?
Yes — Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2015 is currently in force.
When did Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2015 take effect?
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2015 was first recorded in 2015.
How many sections does Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2015 have?
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2015 contains 13 sections.
Where can I read the official version of Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2015?
The official text of Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2015 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.