Seksyen 59
Peralihan dan kecualian
of Akta Binatang (Pindaan) 2013
(1)
Apabila mula berkuat kuasanya Akta ini, apa-apa kaedah yang dibuat di bawah perenggan 86(2)(c) dan (e) Akta ibu sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah disifatkan telah dibuat di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan
Malaysia 2011 dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dipinda, dibatalkan atau digantikan oleh apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.
(2)
Apa-apa perkara yang berhubungan dengan permohonan bagi pengeluaran lesen atau permit untuk mengimport dan mengeksport binatang atau burung, atau karkas, mani, makanan binatang, jerami, tahi binatang, atau apa-apa keluaran binatang atau burung atau apa-apa barang atau bahan yang belum selesai sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini tidak terjejas oleh
Akta ini telah dan hendaklah diteruskan seolah-olah Akta ini telah tidak diperbuat.