Akta Antiberita Tidak Benar 2018 · Updated to 11 Apr 2018 · Bahagian IV · Pelbagai
13. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
Feedback & supportJika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, seseorang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah pengarah, ketua pegawai eksekutif, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa yang lain bagi pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa bertindak atas mana-mana sifat sedemikian atau yang dengan apa-apa cara atau pada apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian—
boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan
jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya; atau
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.
Antiberita Tidak Benar 13
Jika mana-mana orang boleh, di bawah Akta ini, dikenakan apa-apa hukuman bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkarannya, orang itu boleh dikenakan hukuman yang sama bagi perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejen orang itu, atau pekerja kepada ejen orang itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan—
oleh pekerja orang itu dalam penjalanan pekerjaannya;
oleh ejen orang itu semasa bertindak bagi pihak orang itu; atau
oleh pekerja ejen orang itu dalam penjalanan pekerjaannya dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen orang itu yang bertindak bagi pihak orang itu.