Akta Antiberita Tidak Benar 2018 · Updated to 11 Apr 2018 · Bahagian I · Permulaan
3. Pemakaian luar wilayah
Feedback & support(1)
Jika mana-mana kesalahan di bawah Akta ini dilakukan oleh mana-mana orang, walau apa pun kerakyatan atau kewarganegaraannya, di mana-mana tempat di luar Malaysia, dia boleh diuruskan berkenaan dengan kesalahan itu seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di mana-mana tempat di dalam
Malaysia.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), Akta ini hendaklah terpakai jika, bagi kesalahan yang berkenaan, berita tidak benar itu adalah mengenai Malaysia atau orang yang disentuh oleh pelakuan kesalahan itu ialah warganegara Malaysia.